Indie-rock; indie-pop; itu genre. Kalau indie je, itu cara band-band bergerak dalam membuat muzik mereka, memasarkan muzik dan band mereka dan sebagainya. Banyak orang confuse dengan maksud sebenar indie ni, so meh aku explain:
INDIE
Indie ni adalah singkatan daripada perkataan independent, atau dalam bahasa Malaysia, bebas. Bebas disini terdiri dari pelbagai aspek.. tidak mempunyai syarikat rakaman, menghasilkan muzik dan lagu sendiri, merakamkan album dengan duit sendiri, memasarkan album dengan sendiri.
INDIE BUKAN GENRE MUZIK.
MUZIK INDIE
Muzik independent atau singkatannya muzik indie adalah terma yang digunakan untuk describe muzik (bukan stail atau gaya atau genre ya) yang bebas dari cengkaman elemen-elemen muzik yang di hasilkan oleh syarikat rakaman seperti kena ada commercial value; kena ada hit single; kena pakai produser/komposer terkenal dan sebagainya. Sekali lagi aku tegaskan **MUZIK INDIE BUKANLAH SATU GENRE, TAPI HANYA SEKADAR TERMA UNTUK DESCRIBE MUZIK YANG BUNYINYA TIDAK SEPERTI MUZIK POPULAR.
LABEL INDIE
Indie label, pada dasarnya beroperasi macam major label tapi selalunya tidak akan campurtangan dengan muzik yang dihasilkan oleh band-band dibawah naungan mereka. Ye, sebagai satu label mereka perlu balik modal untuk menghasilkan produk seterusnya, tetapi membuat keuntungan bukan motif utama mereka, indie label selalunya lebih berminat untuk mengembangkan jenis muzik atau band yang mereka suka.
BAND/ARTIS INDIE
Band/Artis indie adalah terma yang diguna untuk describe mereka yang berkarya dan bergerak secara independent dan BUKAN JENIS MUZIK YANG MEREKA MAINKAN. Perlu ditegaskan band/artis indie tidak hanya untuk band-band ataupun mereka yang bermain muzik dari jalur rock.
INDIE-ROCK
Ha... ini baru genre. Dari segi definisinya indie rock berasal dari cabang muzik alternative. Dibawah muzik indie ni terdapat subgenre lain seperti lo-fi, post-rock, sadcore, C86, math rock, shoegazing dan indie pop.
Harap-harap dengan penjelasan yang tak sebrapa ni, korang boleh lah sedikit banyak faham dan gunakan terma yang betul pada waktu yang betul selepas ni. (salah sila tegur ya)
No comments:
Post a Comment