Saturday, January 15, 2011

Keikhlasan Itu Penting

Kejadian di tengah hari bersamaan 24Dicember09 di O*E yg diwatakkan oleh (sotong),(Keldai) ,(hippo) (tazmania) =semua ini kamu hawa...yang cuba ingin menafsukan diri mereka untuk makan di kedai makan Masjid bulat area Petaling Jaya. Dari 4 insan comel ni (comel ke??) hanya seorang yang memakai tudung, dengan rasa simpati keatas kawan2nya..die membekalkan tudung kepada rakan2 yang lain diatas niat untuk makan di masjid tersebut. Setelah sampai di tempat kejadian..kedai makan tersebut tutup..oleh kerana niat yang tidak betol, apa yang kita nak takkan dapat..ingatlah.. (hehehe).

Babak ke-2 : Setelah kecewa dengan kedai tersebut, mereka cuba pergi ke kedai mamak berhampiran, dan meng'order' Laksa..berapa minit kemudian makanan tersebut dihidangkan dihadapan mereka, dengan penuh kelaparan dan nafsu makan...mereka makan Laksa tersebut, akan tetapi Laksa itu rasa seperti longkang..(anda penah rasa longkang, mereka saja yang tau) dan kesemua insan2 tersebut tidak makan dan tidak cuba makan lagi Laksa tersebut, hinggakan mereka tidak mahu bayar diatas alasan "Laksa cam longkang!!" Lalu mereka hanya meninggalkan duit untuk bayaran minuman mereka sahaja. Dengan perasaan degil, mereka terus beredar dari situ (lari) dengan dikejarkan mamak2 tersebut..bukan kerana mereka gilakan kecantikan mereka, tetapi tidak mahu bayar Laksa tersebut...

Inilah kisah yang perlu anda tahu dimuka bumi ini..
carilah pengajaran yang anda dapat dalam cerita ini..

Kisah Benar-

No comments:

Post a Comment